Ahad, 14 September 2008


Sejarah Penurunan al-Qur'an

Al-hamdulillah kita hari ini berada dipertengahan bulan Ramadhan al-Mubarak dan akan menyambut Nuzul Al-Qur'an tidak lama lagi. Adalah menjadi tradisi kepada masyarakat Islam terutamanya yang tinggal di Asia Tenggara akan menyambut tarikh 17 Ramadhan dengan penuh sejarah sebagai hari peristiwa penting turunnya al-Quran. Di ruangan yang terbatas ini saya ingin berkongsi maklumat dengan saudara dan saudari sekelian tentang proses Nuzul Al-Qur'an yang kita sambut saban tahun ini.

Penurunan Al-Qur'an, didalam bahasa Arab adalah disebut an-Nuzul iaitu berasal dari perkataan nazala yang bermaksud turun dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Oleh itu penurunan Al-Qur'an adalah bermaksud turunnya Al-Qur'an dari Allah yang maha Mulia dan Tinggi kedudukan darjatnya kepada nabi Muhammad s.a.w. sebagai hamba terpilih. Proses penurunan Al-Qur'an adalah melalu dua peringkat iaitu:
i. Peringkat pertama, penurunan Al-Qur'an dari Luh Mahfuz kepada langit dunia (Baitul Izzah) secara sekaligus pada malam Lailatul Qadar. Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam Lailatul Qadar"
(Al-Qadar :1)
Selain daripada malam Lailatul Qadar, Al-Qur'an juga dikatakan telah diturunkan dalam bulan Ramadhan. Hal ini sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
"(masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dan salah"
(Al-Baqarah : 185)

Berdasarkan kepada ayat-ayat di atas, menunjukkan bahawa Al-Qur'an telah diturunkan ke langit dunia dari Luh Mahfuz secara sekaligus pada malam Lailatul-Qadar dalam bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Penurunan Al-Qur'an pada peringkat pertama ini secara sekaligus adalah mempunyai hikmat-hikmatnya yang tersendiri, iaitu untuk memulia dan membesarkan Al-Qur'an yang diturunkan kepada Nabi yang terakhir dan untuk menunjukkan kelebihan serta keistimewaan Al-Qur'an berbanding dengan kitab-kitab yang lain.
ii. Peringkat kedua, Al-Qur'an diturunkan dari langit dunia (Baitul Izzah) kepada Rasulullah s.a.w secara beransur-ansur selama 23 tahun. Penurunan Al-Qur'an adalah mengikut keperluan masyarakat ketika itu, juga mengikut pelbagai soalan yang diajukan kepada Rasulullah s.a.w. Al-Qur'an diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. . Al-Qur'an diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. selama 10 tahun di Mekah dan 13 tahun di Madinah.

Malaikat Jibril a.s. yang bertugas menghantar wahyu dari Allah kepada Rasulullah s.a.w. telah menjalankan kerjanya itu melalui pelbagai cara, antaranya dimana wahyu dihantar terus kepada hati Rasulullah s.a.w. , melalui mimpi, secara langsung iaitu dengan menyerupai seorang lelaki, dan ada juga nabi s.a.w. berhadapan dengan keadaan diri Jibril yang sebenar.

Terdapat banyak hikmat atau faedah yang didapati dari penurunan Al-Qur'an secara beransur-ansur kepada Rasulullah s.a.w.. Antaranya ialah :
i. Untuk menetapkan hati rsulullah s.a.w. supaya menolak tohmahan orangf musyrikin, sebagaimana Allah telah berfirman yang bermaksud :
"dan orang-orang kafir berkata, "Mengapa tidak diturunkan Al-Qur'an itu kepada Muhammad semuanya sekali (sekaligus)? Al-Qur'an diturunkan secara beransur-ansur itu kerana kami menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu"
(Al-Furqan : 32

ii. Perjalanan hukum-hukum syariat secara beransur-ansur tidak membebankan masyaraskat Arab peringkat awal Islam untuk meninggalkan serta merta perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. yang menjadi kebiasaan mereka deperti arak, judi, menyembah berhala dan sebagainya.

iii. Untuk menyenangkan orang islam memahami dan menghafaz serta menghayati Al-Qur'an.

bersambung esok.......

BACAAN YAASIN OLEH SYEIKH KECIL