Rabu, 3 September 2008

HADIS-HADIS PILIHAN SEMPENA RAMADHAN

1. HADIS RIWAYAT AL-TARMIZI DAN IBN MAJAH
"Tiga golongan yang tidak ditolak doa permintaannya, antara golongan itu ialah
seseorang yang berpuasa apabila dia berbuka puasanya."

2. HADIS RIWAYAT BUKHARI
" Apabila masuk bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai
syaitan-syaitan."

3. HADIS RIWAYAT BUKHARI
" Sesiapa yang berpuasa tidak memelihara tutur kata (maki hamun atau bercakap tidak
sopan) atau melakukan perkara yang merosakkan pahala puasa, maka ALLAH tidak
menerima lapar dan dahaganya."

4. HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM
"Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan
kepada ALLAH, akan diampunkan segala-dosa-dosanya yang telah lalu."

5. HADIS RIWAYAT TIRMIDZI
" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."

6. HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM
" Manusia tidak akan berhenti mendapat kebaikan selama mereka mempercepat berbuka
puasa."

7. HADIS RIWAYAT BUKHARI
" Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengungkapkan perkataan yang keji
dan janganlah sesekali berbuat jahil. Justeru itu jika seseorang diperangi atau dicaci, dia
hendaklah berkata : Sesungguhnya aku sedang berpuasa sebanyak dua kali.

8. HADIS RIWAYAT BUKHARI
" Setiap amal kebaikan bani Adam pahalanya (ditulis oleh malaikat) kecuali puasa.
Sesungguhnya ia adalah untukKu dan Akulah yang memberi pahala puasanya."

9. HADIS RIWAYAT ABU HURAIRAH
" Sesiapa membaca 1o ayat daripada al Quran pada satu malam, ia tidak dikira sebagai orang
yang lalai (dari mengingati Allah)."