Jumaat, 10 Oktober 2008

HEBATNYA WANITA

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga..

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya...

Wallahualam. . "

Khamis, 9 Oktober 2008

NASIHAT ORANG-ORANG TUA



Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung,
jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian,
jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,
tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong,
di luarnya mulus dan berkilat,
tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang,
walaupun hidup dalam tanah dan selut,
tetapi ubinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai,
bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya,
semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili.
Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis boleh diketahui ulas isinya dari bahagian tampuknya.






Rindunya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz

"Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka.
Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakinmeninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.
Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’.Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama.

Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah” Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.

Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.

Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Oleh: Ibad Ahmadyhttp://al-futhuhat.blogspot.com/"

Rabu, 8 Oktober 2008

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci

"Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU.."

Selasa, 7 Oktober 2008

Tazkirah Remaja: Rugi jadi ‘hamba Ramadan’
Bersama Mohd Zawawi Yusoh

ALHAMDULILLAH! Kita sudahpun sama-sama merayakan Aidilfitri yang mulia dengan penuh gembira dalam suasana harmonis sekali.Segalanya baru, baju baru, pakaian baru, rumah baru tetapi harus diingat yang patut baru bukan sekadar pada baju, pakaian dan makanan tetapi yang penting dan teramat penting ialah jiwa yang baru selepas berjaya ditarbiah dan ditempa madrasah Ramadan.

Semoga puasa kita dan Tarawih kita diterima, bacaan al-Quran kita berjaya menggugah hati yang degil dan keras ini, sedekah kita menjadi perisai daripada bahaya dan musibah. Sebagai muhasabah, dalam kita merayakan hari lebaran ini jangan kita lupa, sesungguhnya ukuran kejayaan kita bukannya diukur ketika dalam puasa.Walaupun banyak kita baca al-Quran, itu belum tanda kita sudah berjaya. Bulan Ramadan memang kita kerap ke masjid untuk solat Tarawih dan itu bukan tanda kita sudah berjaya. Sedekah yang banyak pada bulan Ramadan, itu bukan tandanya kita sudah jadi pemurah.Kenapa saya kata begitu? Pembaca pun sudah boleh agak jawapan saya. Malah kerap kali kita dengar jawapan yang akan saya utarakan ini dalam tazkirah - tazkirah dan ceramah serta khutbah alim ulama.Sebabnya ialah kerana bulan Ramadan adalah bulan ‘latihan’ atau bulan ‘kursus”. Kejayaan sesuatu kursus bukannya di tempat kursus tetapi ukurannya ialah selepas selesai berkursus.

Pertarungan sebenar kita bukannya pada bulan Ramadan, malah ‘The Real Battle’ ialah 11 bulan selepas bulan Ramadan.Ada orang, dalam bulan Ramadan pergi ke surau dan masjid tiap-tiap malam tetapi kalau selesai Ramadan terus tidak pergi ke masjid dan surau. Itu namanya ‘hamba Ramadan’, bukannya hamba Allah. Sekiranya bulan Ramadan membaca al-Quran tidak henti-henti tetapi bila saja habis Ramadan, habis tidak baca-baca lagi al-Quran dan itu juga namanya ‘hamba Ramadan’, bukannya hamba Allah. Bulan Ramadan bukan main lagi suka bertahajjud tetapi selepas bulan Ramadan terus tidak terkejut-kejut lagi. Itu pun satu lagi namanya ‘hamba Ramadan’, bukannya hamba Allah. Maaf kerana saya guna perkataan agak kasar sedikit. Tetapi apabila difikirkan mengenai kemunafikan kita beribadat, rasanya sekali-sekala terpaksa berkasar sedikit. Ini bukan apa, cuma nak menggugah hati yang tidak terikat dengan roh Ramadan.Ungkapan mengenai hamba Ramadan sebenarnya nasihat daripada ulama semasa dan amat kontemporari iaitu Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi yang menyatakan: “Kun rabbaniyyan wala takun ramadhaniyyan.” Maksudnya, jadilah kamu hamba-hamba Allah dan jangan kamu menjadi hamba Ramadan, berbuat baik bukan hanya bermusim. Pergi ke masjid dan surau bukan ikut angin (mood) kita atau tengok ramai orang pergi, kita pun pergi juga, tetapi apabila orang sudah mula tidak pergi lagi ke masjid, kita jadi hilang semangat. Kenapa bersemangat hanya pada bulan Ramadan? Sama juga dengan semangat membantu anak-anak yatim dan fakir miskin, kenapa hanya pada satu bulan saja kita bantu dan gemukkan mereka, sedangkan kita semua tahu anak yatim dan fakir miskin tidak hidup 30 hari setahun?Anak yatim sama juga macam kita, mereka hidup selama 365 hari setahun. Bulan Ramadan, montel mereka tetapi bulan-bulan lain jadi kurus pula mereka.

Marilah kita jadikan kerajinan dan semangat serta kesungguhan kita pada bulan Ramadan sebagai ‘spark’ untuk meneruskan kerajinan pada 11 bulan yang mendatang, termasuk pada Syawal yang mulia ini.

Kebajikan Guru Perlu Diutamakan

Cadangan untuk mengadakan sambutan hari guru di Malaysia sebanyak dua kali setahun telah dilontarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail apabila pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengistiharkan bahawa Sambutan Hari Guru Sedunia adalah pada 5 November walaupun ianya masih lagi di dalam peringkat perbincangan.
Saya bersetuju dengan kata-kata Datuk Razali bahawa sambutan hari Guru adalah sebagai tanda kita menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik namun saya lebih melihat bahawa bukannya sambutan sahaja yang perlu dititikberatkan tetapi tugas yang semakin dibebankan kepada guru perlu juga diambil perhatian. Bebanan tugas guru bukanlah perkara baru di dalam negara kita kerana sejak beberapa tahun ini, perkara ini telah menjadi tajuk perbincangan hangat setiap kali bermulanya musim persekolahan. Sebagai contohnya, pada 8 Januari 2006 dalam laporan Berita Harian telah mendedahkan bahawa guru-guru di Malaysia menjalankan tugas secara berlebihan selama 74 jam seminggu sedangkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menetapkan bahawa maksimum jam bekerja adalah 48 jam sahaja. Ini kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain – pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid. Butir-butir ini terkandung dalam laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP bertajuk `Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru’ meliputi sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik dan politeknik yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mengikut laporan yang ditandatangani pada 1 Jun 2005 itu, kaji selidik itu adalah antara usaha NUTP memberi gambaran jelas kepada kementerian supaya sesuatu dapat dilakukan untuk meringankan beban guru. Kaji selidik itu yang membahagikan beban tugas kepada lima bidang itu membuktikan guru turut bertindak sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip dan juruhias (rujuk http://dppnjohor.blogspot.com/2006/01/bebanan-kerja-guru-berpunca-daripada.html ) Sebab itu saya katakan bahawa bukannya sambutan Hari Guru yang perlu diutamakan tetapi tugas dan bebanan kerja guru-guru yang perlu diberikan perhatian oleh KPM. Guru-guru adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan.
Khairul Faizi Ahmad Kamil http://www.minda-kembara.com/
Petua orang dulu-dulu

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui.Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yg lalu.Mungkin disebabkan banyak kebetulan yg berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat.

Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah utk dipercayai semata-mata :
Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan
Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan
Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada org akan berjalan jauh
Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh
Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan
Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira dihati
Umbun bergerak - berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak - akan menangis
Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik
Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan
Siku kiri bergerak-gerak - org yg mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan
Telinga bergerak - akan berkelahi
Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita
Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran
Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang
Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua
Lengan kanan bergerak gerak - akan sakit kepala
Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia

Isnin, 6 Oktober 2008

Kita Zuriat Adam, Bukan Zuriat Iblis

Allah mengulangi kisah Adam dan Iblis di beberapa tempat dalam al-Quran. Barangkali bagi mereka yang kurang memahami al-Quran akan menganggap itu adalah pengulangan biasa yang tidak memberikan apa-apa impak yang berlainan. Sebenarnya, sudah pasti tidak!
Al-Quran adalah kitab yang tersusun dengan segala mukjizat yang membuktikan kebesaran Allah Yang Menurunkannya. Pengulangan cerita itu disebabkan faktor-faktor tersendiri yang menuntut kisah Adam dan Iblis itu dibangkitkan semula. Kisah tersebut adalah tonggak panduan kepada kehidupan manusia atas muka bumi ini.
Kisah Adam dan Iblis diketahui oleh semua muslim, bahkan ia juga terkandung dalam Bible. Ringkas ceritanya Iblis yang enggan memberikan penghormatan kepada Adam seperti mana yang Allah perintahkan. Bahkan dia mempertikaikan arahan tersebut. Lantas dia dihukum kufur dan dilaknat.
Sementara Adam yang ditempatkan di syurga, kemudiannya telah ditipu oleh Iblis yang menyebabkan dia melanggar arahan Allah agar jangan mendekati pokok larangan. Kesannya, dia dihukum dengan ditempatkannya di atas muka bumi namun disertai dengan keampunan dan rahmat Allah.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 34-37:
(maksudnya) Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”, lalu mereka semua tunduk melainkan Iblis; dia enggan dan takbur, dan menjadilah dia daripada golongan yang kafir. Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah daripada makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu daripada golongan zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.
Pada mereka yang tidak faham kisah ini mungkin menganggap adanya ‘double standard’ dalam hukuman Tuhan terhadap dua makhluknya yang berbeza. Setiap mereka telah melakukan satu kesalahan, tetapi yang satu dihukum begitu berat sehingga kiamat, sementara satu yang lain dihukum dengan hukuman yang tidak kelihatan terlalu berat, bahkan diampun dan dirahmati.
Sekali pandang tanpa penelitian, mungkin ada yang tersalah anggap, seakan Iblis memang sengaja hendak dihukum demikian rupa, sedangkan Adam pula diampunkan, padahal sama-sama melakukan satu kesalahan.
Sebenarnya tidak! Sama sekali tidak sama antara kesalahan Iblis dan Adam. Iblis menderhakai Allah atas kesombongan dan ketakaburan. Dia bukan sahaja tidak taat kepada arahan Allah, tetapi dia mencabar peraturan atau hukum yang telah Allah tetapkan. Dia menganggap hukum itu tidak wajar, sekaligus dia mencabar kemutlakan hak Allah dalam menetapkan hukum.
Sementara Adam melakukan penderhakaan disebabkan kecuaian, kesilapan dan mengikut perasaan sehingga melupai hukum. Dalam Surah al-A’raf, Allah menceritakan bagaimana jawapan Iblis terhadap penderhakaannya, firman Allah: (maksudnya):
“Apakah yang menghalangmu untuk sujud ketika Aku perintahkanmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan dari tanah”. (ayat 12).
Namun Adam yang juga bersalah tidak pernah mencabar peraturan Allah. Adam tidak pernah menyatakan bahawa kewujudan pokok berkenaan di syurga amat tidak sesuai dan boleh mengelirukan maka dia tidak patut dianggap bersalah. Tidak pula Adam mempertikaikan mengapa Iblis itu diwujudkan dan diberi peluang menggodanya.
Sebaliknya, dengan penuh keinsafan dan perasaan kehambaan akur atas kesalahan diri lantas memohon keampunan dan taubat. Dalam Surah al-A’raf juga Allah menyebut: (maksudnya)
“Dengan sebab itu dapatlah dia (Iblis) menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (daripada) syurga lantas Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?” Mereka berdua berkata: “Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalaulah Engkau tidak mengampunkan kami dan kasihani kami, nescaya kami tergolong daripada orang-orang yang rugi”. (ayat 22-23).
Kesalahan memang kesalahan. Namun titik tolak kesalahan dan sikap atas kesalahan amat berbeza antara Iblis dan Adam. Iblis bukan sahaja menderhaka, bahkan mempertikaikan atau meremehkan peraturan Allah.
Sedangkan Adam dan isterinya, apabila melakukan dosa, menginsafi diri dan memohon keampunan Allah atas dosa tersebut. Justeru itu, hukuman Allah ke atas dua makhluknya tersebut tidak sama disebabkan perbezaan nilai kesalahan, bukan kerana Tuhan itu menghukum secara ‘double standard’.
Kisah Iblis dan Adam diulang berkali-kali dalam al-Quran agar kita mengambil pengajaran dalam kehidupan. Setiap ulangan ada isu dan pengajarannya yang tersendiri. Kita seperti bapa kita Adam, terdedah kepada salah dan silap, cuai dan alpa yang akhirnya menjerumuskan kita ke dalam dosa.
Namun, seperti mana bapa kita Adam, kita tidak akan mempertikaikan hukum atau peraturan yang Allah tetapkan. Kita akui kelemahan diri, tanpa kita menghalalkan kesalahan dan dosa dengan alasan yang menunjukkan kita meremehkan hukum Tuhan.
Kita bukan Iblis yang apabila berdosa bersikap takabur dan enggan akur atas kelemahan diri, sebaliknya menuding sesalahan kepada peraturan yang Allah tetapkan. Sesiapa yang bertindak seperti Iblis, maka dia menjadi kafir. Sementara sesiapa yang bersikap seperti Adam, maka dia mendapat keampunan tuhannya.
Allah menceritakan kisah bapa kita Adam, agar kita mencontohinya apabila melakukan kesalahan. Melakukan kesalahan bukan perkara yang paling menimbulkan kemurkaan Allah, tetapi enggan akur dan bertaubat itulah membawa kemurkaan besar di sisiNya.
Kita anak Adam, teladani sikap bapa kita. Sabda Nabi s.a.w.
“Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).
Kisah Adam dan Iblis menjadi paksi dalam banyak episod kehidupan insan. Sebab itu dalam Islam sesiapa yang membuat dosa dan menghalalkan tindakannya maka dia menjadi kafir. Sementara sesiapa yang membuat dosa namun tidak menghalalkannya maka dia dianggap sebagai seorang fasiq (ahli dosa), namun tidak membawa kepada kufur. Melainkan jika dia bertaubat.
Ini seperti sesiapa yang tidak berpuasa Ramadan tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak, maka dia berdosa dan menjadi fasik. Namun jika dia menghalalkan perbuatannya itu seperti menyatakan ‘bagi aku tidak salah jika aku tidak berpuasa pun’, atau dia mempertikaikan hukum seperti dia menyatakan ‘syariat puasa itu tidak sesuai atau tidak ada sebarang faedah untuk kita ikut’ maka dia menjadi kafir, terkeluar dari Islam. Ini kerana dia mempertikaikan atau mencabar Allah Yang Maha Agung.
Perbuatan yang seperti itulah yang dilakukan oleh Iblis lalu dihukum kufur oleh Allah. Sama juga dengan pelaku dosa. Jika seseorang berzina maka dia berdosa dan fasiq (fasik). Namun, jika menghalalkan perbuatan zina seperti menyatakan ‘apa salahnya jika suka sama suka’, atau dia menyatakan ‘jika pasangan dah rela, mana boleh berdosa’, atau menyebut ‘zina macam sedekah, jika orang bagi tidak salah kita mengambilnya’ maka pengucap ungkapan-ungkapan yang seperti ini terkeluar dari Islam. Ini kerana dia telah mempertikaikan hukum Allah dan mencabar apa yang telah ditetapkanNya.
Dia seperti Iblis, yang mempertikaikan arahan Allah. Melainkan jika dia hilang akal atau gila atau apa sahaja yang menunjukkan dia tidak bermaksud mempertikaikan, atau meremehkan hukum Allah sama sekali
Saya amatlah terkejut apabila ada ‘orang politik’ yang sanggup menyamakan zina yang dia akui melakukannya dengan sedekah yang disuruh oleh Islam. Sanggup dia menghalalkan perbuatannya yang buruk itu atas alasan dia diumpan oleh orang lain, maka itu baginya macam sedekah yang jika ‘diberi boleh diambil’.
Alangkah buruk perbuatan dan akidahnya. Dia samakan perkara yang Allah murka dengan perkara yang Allah suka. Apa yang lebih pelik, tidak pula kedengaran dengan jelas tokoh-tokoh agama dalam kem politik ‘si celupar itu’ mengulas perkara ini. Padahal ramai di kalangan mereka yang begitu tangkas dan cepat bertindak jika ada ucapan-ucapan yang menyalahi agama dibuat oleh musuh-musuh politik mereka.
Bahkan ucapan yang masih lagi samar dan boleh diberi maksud yang berbagai pun dibantai sampai tidak cukup tanah. Tiba-tiba apabila kena giliran sahabat sendiri yang mengucapkan perkataan yang buruk lagi parah itu, ramai yang menyepi diri. Tiada yang berani menyuruh dia bertaubat dan menarik balik secara terbuka, bukan menyuruh orang lain ‘berbahasa’ untuknya.
Di mana isu-isu agama dan moral yang diperkatakan selama ini? Ternyata, hukuman politik berbau agama tidak sama dengan pendirian agama mengenai isu politik. Bukan saya ingin bermusuh dengan sesiapa. Kolum saya ini telah mengambil risiko menegur rakyat dan pemerintah. Apakah mereka hanya dapat terima apabila saya menegur pemerintah, tetapi membantah jika mereka ditegur? Atau apakah mereka hanya berani menegur pemerintah dan mendiamkan diri apabila kesalahan itu dibuat oleh ‘geng sendiri’?.
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya yang membinasakan mereka yang terdahulu dari kamu adalah; apabila orang yang berkedudukan mencuri maka mereka biarkan, jika orang yang lemah mencuri maka mereka laksanakan hukuman ke atasnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Berbalik kepada kisah Adam dan Iblis. Kisah ini menjadi teras dalam akidah Islam. Islam agama yang akur bahawa insan sentiasa terdedah kepada dosa dan kesalahan. Selagi mana insan insaf bahawa kesalahan itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia mempunyai ruang untuk kembali dan bertaubat kepada Allah.
Namun apabila insan yang melakukan dosa itu sombong dan bongkak dengan merasakan dia tidak bersalah atas perbuatannya, maka tempatnya bersama dengan Iblis yang menghuni tetap neraka yang amat dahsyat. Firman Allah dalam Surah Sad:
(maksudnya) (setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -Melainkan Iblis; dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah dia dari golongan yang kafir. Allah berfirman: “Hai lblis! apa yang menghalangmu dari turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripadanya; Engkau (Wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana eesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir. dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatKu terus menerus hingga ke hari kiamat!”. Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) “. Allah berfirman: ” Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh, hingga ke hari yang termaklum “. Iblis berkata: “Demi kekuasaanmu (Wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu (zuriat Adam) yang dibersihkan”. Allah berfirman: “Maka Akulah Tuhan Yang sebenar-benarnya, dan hanya perkara Yang benar Aku firmankan -Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu daripada zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya “. (ayat 73-85).
Setiap kita ini ada kelemahan diri dan kesalahan yang kita lakukan. Namun sebagai insan yang merupakan zuriat Adam, kita sentiasa akur atas kelemahan dan kesalahan, inginkan keampunan serta memohon kemaafan Tuhan selalu. Kita tidak akan mempertikaikan apa yang telah Allah nyatakan dalam kitabNya al-Quran atau dalam sunnah yang sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.
Jika kita gagal melaksanakan perintah Allah, atau melanggar larangannya kita akan akui kelemahan diri, memohon agar dikurniakan taubat yang ikhlas. Sama sekali kita tidak kata hukum Allah tidak baik. Atau tidak sesuai. Atau halal dan haram itu sama sahaja. Atau, bagiku perkara yang Allah haramku itu tidak haram. Tidak! Sama sekali tidak! Hanya pengikut Iblis yang mengucapkan seperti itu. Kita akan menyebut apa yang Allah ajar:(maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
(Surah al-Baqarah, ayat 286).
Puasa Enam dan Persoalan mengenainya

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi): كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ... وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ . رواه مسلم.Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا . رواه البخاري.Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.
Dalil Puasa Sunat Enam Syawal. Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164]. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.
Hukum Puasa Sunat Enam Syawal. Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56] Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal? Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata: أَنَّ رَسُولَ اللهِ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ . رواه مسلم.Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991]. Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal? Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:
1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus? Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt: وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ . آل عمران: 133Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]
2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan. Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini. Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata: كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ . رواه البخاريMaksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]
Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan. Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal. Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri.
Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra. Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu? Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut] Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw. Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal. Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan. Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw: إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا . رواه البخاريMaksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Aamin.وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم

Ahad, 5 Oktober 2008

Ramadan Yang Hilang

Alhamdulillah, Ramadhan yang kita penuhi dgn amalan-amalan hampir ke penghujungnya. Mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Mati itu pasti dan pasti akan berlaku untuk stiap insan yang dilahirkan dengan nama manusia. Kejayaaan umat akhir zaman ini hanya dalam agama Allah SWT. Sejauh mana kita mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya, sejauh itulah kejayaan kita. Kejayaan di dunia mahupun akhirat. Kita akan bertemu Allah dengan wajah yang tersenyum-senyum ketika di hari perhitungan kelak.

Ramadhan yang berlalu bukan bermakna ditinggalkan begitu saja. Mungkin semasa Ramadhan, Al-Quran yang kita simpan dikeluarkan dan dibaca. Namun selepas melaungkan takbir raya pada keesokan hari, Al-Quran itu kembali disimpan di almari berkaca. Kalau ini yang berlaku, bermaksud kita gagal dalam akademi Ramadhan kali ini. Semua manusia sedia maklum yang Ramadhan ini merupakan bulan makfirah, keampunan, bulan rahmat. Dan ada golongan cerdik pandai pada era kini menamakan bulan ini dengan nama-nama baru seperti bulan bonus, bulan latihan dan sebagainya. Dalam bulan ini lah, pelbagai peristiwa berlaku. Berlakunya peperangan antara yang hak dn yang batil iaitu perang badar. Perang ini di mana bertembungnya antara semulia-mulia dan sebaik-baik manusia, iaitu nabi Muhammad saw berganding bersama penghulu segala malaikat iaitu Jibrail. Pertemuan ini bolehlah diibaratkan antara buku dengan ruas, lawannya ialah sejahat-jahat manusia, iaitu Abu Jahal dan dibantu oleh sejahat-jahat makhluk iaitu syaitan laknatullah. Dalam perang ini, umat islam hanya berjumlah 313 org, dan tidak mempunyai kelengkapan perang yang cukup. Mereka hanya membawa keimanan kepada Allah semata-mata. Tentera Abu Jahal pula berjumlah berpuluh-puluh ribu bilangannya dan lengkap dengan senjata moden ketika itu.

Nabi berdoa supaya Allah memberi kemenangan kepada mereka dan menyelamatkan agama Islam kerana andai kata umat islam kalah dalam peperangan ini, nabi bimbang tidak ada lagi manusia yang akan menyembah Allah selepas itu. Abu Jahal juga berdoa, memohon supaya Allah bagi kemenangan kepada mereka supaya Allah membalas kepada hambanya yang meniggalkan keluarganya dan membawa ajaran yang bercanggah dengan agama mereka. Namun Allah lebih mengetahui tentang segala sesuatu dan memberi kemenangan kepada sesiapa yang benar dan dikehendakinya. Umat Islam bersama pertolongan Allah berjuang bersungguh-sungguh pada ketika itu dan diberi kemenangan oleh ALLAH SWT. Berbalik kepada Ramadhan yang akan berlalu, institut Ramadhan seharusnya meniggalkan kesan yang mendalam di dalam hati kita. Kesannya kita tidak boleh lihat, namun kita boleh merasai nya. Andai selepas Ramadahan ini kita masih sembahyang subuh jam 7, itu sudah cukup membuktikan bahawa kita sebenarnya gagal untuk memperoleh sijil kelulusan ijazah Ramadhan. Jauh perjalanan kita untuk mencapai 4 flat.

Justeru, marilah kita sama-sama mengamalkan apa yang ada di dalam bulan Ramadhan di bulan-bulan yang lain. Hidupkan amalan-amalan sunat kita dan bersama mencari keredhaan Allah dalam meniti arus kehidupan. Semoga jalan yang kita pilih mendapat keredhaan Allah dan menjadikan kita manusia yang berilmu, beriman, bertaqwa di dunia mahupun akhirat.
"
Pantun Hari Raya MalaysiaBersamalah kita bermaafan.

Pantun Hari Raya Malaysia Nogori Sombilan...
Masak lomak cili padi,
daging salai lembu bali,
Kuih rayo den semuo tak jadi,
apo yang ado semuo kuih boli.

Selangor/KL
Wa tak sanggup ke KLCC raya ni,
Ramai Myanmar dan Bangladeshi,
Rambut wa kuning,
muka cam serani,
Wa lepak rumah wa order sushi.

Perak
Gulei tempoyak ikan mayonganok tupei lompat kulukilor,
Pandu cermat ingat kampong zakat kite jangan lupe bayor.

Kedah
Pi Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan semperit
Hari Raya kedai tak bukaq
Tengah merempit tayar pancit.

Pulau Pinang
Nasi kandaq kedai mamaq
Anak mami juai pesemboq
nasi dalcha mamu dok teriaq
femes x cukup kawah kt dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja,
awek cun ramai kat sini,
tukar sofa tukar apa saja,
abih raya pi gadai rantai bini.

Kelantan
Make ikke cicoh budu
stail baru lado dicampur
Kelik rayo sudoh seminggu
sekor toksir tulong mek di dapur

Terengganu
anok mung kecing bela cachang,
ayoh pulok senyung pah linge,
ari raye mung hidang kacang,
kuih raye dana ehsang tah kemane?

makang ikang dalang pinggang,
lekak tulang celoh tekok,
bulang pose mung jual lemang,
lepah raye mung jual akok.

Pahang
Negeri Pahang ada kasino,
MB koi samseng tiada ganti,
koi ulor tangan dia say no,
tobat kawan tak undi PRU13 nanti.

Johor
Pergi Singapore bersuke-ria,
barangnya mahal apa nak dikire,
syok betul nak sambut raye,
Jangan lak dilupe sanak-saudare.

Sabah
Rumah kecil pintu kalaut
Tampat orang mengasi diolah
Tubo kecil bagai diraut
Besitu tampat hati 'ku jila

Sarawak
Datang Syawal berakhirnya Ramadhan
Kamek tanam padi berimbun daun
Tinggal sekejap puasa sebulan
Puasa sehari kamek raya setahun

Sayang meranti kayu bergetah
Dipolah tiang kayu berlubang
Maok kunantik terlalu betah
Maokku tinggal terasa sayang
Kubu seratok di atas bukit

Berdekat dengan pokok manggis
Maluku ini bukan sedikit
Ditangkap tak puasa tunduk menangis

Anak raja turunlah mandik
Rambutan rempek ngembak buah
Mudah mudahan suratan jadi
Janji marek jangan diubah

Last, but not LEAST:
Kalau tuan pergi ke SABAH
Belikan saya gambir SARAWAK
Nak order lagi takut x munaSABAH
Lagi kek lapis dan tikar SARAWAK!

http://chekamala.blogspot.com"
Hakikat kehidupan: Menuju kematian
"Sekelian mereka yang beriman benar-benar yakin bahawa matlamat kehidupan yang sebenar bagi setiap manusia adalah untuk menemui mati. Mati itu adalah pembukaan kepada kehidupan yang sebenar, iaitu hidup sesudah mati. Ia merupakan saat perpisahan sang lelaki kacak dengan kekasihnya yang hodoh dan buruk perangai. Dunia ini adalah kekasihnya yang hodoh itu.Hanya dengan perpisahan itu baru memungkinkan si lelaki tersebut akan dapat menemui cintanya sejati; kekasih yang lawa dan berpribadi.
Segala keindahan yang dijanjikan ada di sana apabila segala amalan baik dibalas dengan ganjaran. Setiap kejahatan pula ditebus dengan azab dan siksaan.Kekasih bagi seorang mukmin sejati adalah Tuhannya, Allah Yang Maha Esa yang bakal memperlihatkan nur wajah dan kebesaran-Nya. Kita diraikan dan diberi kesenangan yang tidak pernah dilihat oleh mata, atau yang didengar oleh telinga malah keseronokan dan keindahan yang tidak pernah terlintas di lubuk hati sesiapa.Bagi mereka yang kafir dan murtad, inilah saat yang merugi dan menganiaya diri seperti kata Allah swt dalam kesemua kitab sucinya; Zabur, Taurat, Injil Arami dan al-Quran-al Kariim. Inilah titik noktahnya. Masing-masing akan dilempar ke dalam neraka untuk menjadi bahan bakar daripada batu dan kayu buat menyiksa sekelian kaum muslimin yang jahat dan berdosa. Panasnya haba yang membakar daripada batu dan kayu ini seribu kali kepanasan api di atas muka bumi - sebab mereka iri hati dan dengki kerana kaum muslimin ini masih diberi peluang untuk menebus dosa kesalahan mereka. Sedangkan si kafir dan murtad kekal dalam neraka jahannam buat selama-lamanya."Allah swt ada menunjukkan jalannya dalam al-Quran agar kita tidak tersesat," Dr. Heikal pernah memberitahu isterinya, Ristina sebelum dia menghilangkan diri. "Inilah jalan yang direbut oleh mereka yang dicap militan dan pengganas oleh kaum kafirin tu."Sekelian para mujahid itu telah dianugerahkan akal dan fikiran untuk menjadi manusia terbaik. Mereka dapat membezakan yang baik, yang lebih baik dan yang terbaik di antara sekelian yang jelik, lebih jelik dan yang paling jelik.Namun sejarah peradaban manusia telah menunjukkan dengan jelas betapa manusia dari dahulu hingga ke akhir zaman bukan hanya melakukan perbuatan baik dan berguna, tetapi juga melakukan perbuatan jelik dan yang membawa kerosakan.
Sebaliknya, perbuatan baik yang dilakukan teramat sedikit, sedangkan kerosakan seperti yang dilakukan oleh Presiden Bush dan sekutunya amat jelik dan memalukan.Jika terus dibiarkan manusia akan cenderung untuk berhukum dengan hukum rimba. Sejarah peradaban manusia akan musnah. Natijahnya, lahirlah lembaga pemerintah, pendidikan dan pengajaran, penerangan, sukan dan kesenian. Namun ia masih belum cukup.Maka sebagai pencipta, Allah swt tahu bahawa segala usaha tersebut belum memadai selagi tidak ditanamkan dengan iman. Maka diutuskan-Nya 124,000 para nabi dan dua puluh lima orang rasul sebagai penunjuk jalan. Diturunkan-Nya empat buah kitab yang penuh dengan seninya; buat mendidik hati dan membentuk jiwa manusia.Iman ertinya kepercayaan atau keyakinan.
Dengan kepercayaan dan keyakinan ini akan mempengaruhi segala gerak-geri dan tingkah-laku manusia serta mempengaruhi corak pemikiran, berkata-kata, berhubung, malah cara makan dan tidur mereka. Ia akan mempengaruhi kehidupan politik, ekonomi, sosial dan moralnya.Bagi orang-orang yang tidak beriman, kebaikan hanya dilihat sebagai kebaikan semata-mata. Sedangkan bagi mereka yang beriman, setiap kebaikan yang diperbuat itu, di mana dan pada bila-bila masa sahaja terhadap sesiapa dan apa sahaja akan dilihat, didengar dan diketahui oleh Allah swt.Allah swt berasa senang akan kebaikan itu dan berasa senang terhadap hamba-hamba yang melakukannya. Dari rasa senang ini akan menyebabkan turunnya rahmat Allah swt yang jauh lebih hebat dan lebih besar daripada kebaikan yang dilakukan itu. Rahmatnya tidak putus-putus, sama ada ketika masih hidup ini atau setelah kembali menemui Khaliqnya. Seterusnya, masing-masing akan dimasukkan ke dalam syurga....Bukan setakat itu sahaja. Sejak di dunia lagi orang beriman itu diberikan seri wajah yang indah oleh Allah swt. Ia dikenali sebagai air muka. Orang-orang beriman diberikan air muka yang jernih dan sedap dipandang mata. Walaupun mereka dari kalangan berkulit hitam legam seperti negro Sudan, Somalia ataupun Arab Badwi di Arab Saudi, namun pada riak di wajahnya terbayang kedamaian dalam jiwa mereka. Kemudian mereka tidak gelojoh dalam kehidupan seharian. Mereka penyabar dan tidak pernah berdendam.Ini dapat diperhatikan pada mereka yang ditangkap di London atau Sepanyol dan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Air muka mereka nampak jernih dan bersahaja. Demikian juga dengan semua tahanan yang ada di Kem Delta, Guantanamo.
Demikian dengan Imam Samudera, Mukhlas, Ambrozi serta sahabat yang lain yang sedang gawat menunggu hukuman tembak dalam sedikit masa lagi.Semua ini adalah natijah daripada ajaran yang ada dalam Islam dan tidak ada dalam agama lain."Cuba tengok wajah orang kafir, walaupun lawa dan kacak, tetapi jika mereka tidak senyum atau berkata-kata nampak jelas macam mayat hidup," kata Dr. Heikal kepada isterinya pada suatu hari sebaik selesai mengerjakan solat Asar di Mesjid Jame’. Dia singgah di situ sebaik menemui Timbalan Gabenor bank pusat berkait dengan lesen perbankan yang dipohon oleh Dana Benua mengikut arahan menantu Presiden."Dalam Islam ada banyak penawar hatinya." katanya lagi. Kita ada istighfar buat menghapuskan segala dosa kecil. Kita ada zikir, tasbih, tahmid, takbir dan disuruh membaca ayat-ayat suci di kala duka. Ini semua tidak ada dalam mana-mana agama atau kepercayaan lain."Dr. Heikal terus tidak ditemui lagi selepas itu. Tinggal isteri dan anaknya, Amiera yang mewarisi segala yang ada. Wang empat puluh lima juta itu Ristina gunakan buat membiayai sekolah agama rakyat Ustaz Syahir. Dia turut membiayai rumah anak-anak yatim tinggalan suaminya di Bukit Jelutung.Suaminya bersama dengan mujahid yang lain pergi mencari jalan untuk berpisah dengan ‘kekasih yang hodoh’ itu demi mencari keredhaan Allah swt. Mereka berusaha menyediakan persembahan terkelas di kala menempuh saat kematiannya. Biarpun dia dan teman-teman mujahid yang lain mungkin dilihat bagaikan bunga-bunga yang kembang tak jadi..., tetapi yakinlah dengan janji Allah. Mereka itu adalah kudup-kudup bunga mekar yang bakal mewangi di taman syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya.
Nota: Petikan dari novel "KEMBANG TAK JADI..." 726 m.s.

Jumaat, 26 September 2008

Jumaat 26 September 2008

Ulama saran zakat diguna kembali kaedah mazhab syafie

SIK, 26 Sept (Hrkh)- Pihak pemerintah disaran mengembalikan kaedah pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan beras sebagaimana ajaran Mazhab Syafie yang menjadi pegangan di negara ini. Demikian saranan yang dilontarkan Mudir Madrasah ar-Rahmaniah, Tuan Guru Salleh Musa semasa menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Bantuan Makanan Dan Sumbangan Duit Raya Untuk Penduduk Miskin, Warga Emas Serta Ibu Tunggal Dan Pelajar Sempena Ramadan anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Sik, di sini 14 September lalu.
Katanya, kaedah pembayaran yang diamalkan kini iaitu menggunakan wang tidak sah dan tidak memadai.
Jelasnya, sebagaimana yang terdapat dalam kitab-kitab fekah Mazhab Syafie, zakat fitrah mestilah ditunaikan dengan memberi fakir miskin makanan yang mengenyangkan dan afdal pemberi sendiri memberi kepada penerima.
"Mesti bagi beras, beras itupun tidak boleh berubah, mesti bagi biji beras. Apatah lagi duit.
"Mengikut Mazhab Syafie, harga makanan tidak boleh, mesti beri makanan yang mengenyangkan ahli negeri. Macam di Makkah itu makan gandum, ikut makanan negara masing-masing yang mengenyangkan ahli negeri. Macam kita di sini beraslah makanan yang mengenyangkan," terang beliau ketika diminta mengulas lanjut perkara itu selepas majlis tersebut.
Tegasnya, pembayaran menggunakan harga beras yakni menggunakan wang tidak ada dalam Mazhab Syafie.
Tanpa menafikan kaedah itu terdapat dalam mazhab lain, beliau yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah mempersoalkan tindakan beralih dan berpindah mazhab itu.
Oleh itu, beliau melahirkan harapan agar kaedah pembayaran mengikut Mazhab Syafie itu diamalkan semula setidak-tidaknya di negeri Kedah yang kini diterajui oleh PAS.
"Satu lagi zakat fitrah ini, ia masuk dalam zakat amwalul batinah. Zakat ini ada dua, satu amwalul zahirah, satu lagi amwalul batinah. Amwalul zahirah ini macam zakat padi, zakat perniagaan....itu bolehlah kerajaan nak ambil.
"Zakat amwalul batinah, afdal tuannya itu beri sendiri. Jadi kalau ikut pandangan mazhab kita tidak memadailah, tidak sah," ujarnya melanjutkan hujah.
Beliau turut menyeru agar setiap sumbangan atau zakat diberikan kepada fakir miskin dari kalangan ahli khair (ahli kebajikan).
"Fakir miskin ini banyak, bukan semua serupa. Kita kena cari ahli khair, bagi bantuan kepada mereka besar pahalanya.
"Kerana ada fakir miskin yang tidak bersolat, tidak menunaikan puasa malah ada yang terlibat dengan penagihan dadah, itu bukan ahli khair," terangnya.
Pun begitu jelas beliau, pemberian kepada fakir miskin bukan dari kalangan ahli khair tidaklah menjadi satu kesalahan.
"Bagi boleh tapi kurang afdallah, pahalanya tidak banyak mana. Jika beri pada fakir miskin ahli khair memang kenalah. Jadi fakir miskin ini pun kena pilih (untuk beri).

Dipetik dari harakah Daily

Khamis, 25 September 2008

Rahsia di sebalik Air Sembahyang

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islammempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor
1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor
2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor
3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor
4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor
5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor
6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor
7 : Ahli syurga melintasi titiandengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor
8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah."

Rabu, 24 September 2008

Menjejaki Lailatul Qadr

Allah swt berfirman:Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar(al Qadr: 1 -5)
Kini dipenghujung Ramadhan, tumpuan bagi mereka yang terus kekal komited dengan bulan ibadat yang penuh barakah ini adalah meninjau dan mencari-cari malam yang lebih baik dari seribu malam yang dijanjikan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya itu.Maka bertungkus-lumuslah mereka yang taat dan patuh padaNya untuk mengejar malam yang menjanjikan 1,000 ganjaran itu. Bayangkan terserempaknya rombongan malaikat Jibril dengan kita sedang kita dalam keadaan khusyu dan ikhlas tunduk dan mengabdikan diri padaNya.Bayangkan juga jika kita dalam keadaan lalai, leka apalagi sedang pula bermaksiat dan mengingkari tuntutan dan kehendakNya, moga dijauhi oleh Allah swt.
Fasa terkahir Ramadhan ini menjanjikan pembebasan dari azab api nereka ke atas mereka yang benar-benar taat dan menjiwainya. Termasukkah kita dikalangan mereka yang dimaksudkan itu, atau adakah kita sekadar berlapar dan berdahaga menjalani ibadat puasa tanpa sebenarnya beroleh apa-apa ganjaran pun?Apakah perasaan anda jika dikurniakan Allah berjumpa dengan malam ini?Yang penting kita terus kekal berada di atas landasannya. Sebagaimana kita menghayati dan menjiwai bulan yang penuh barakah ini, kita penuhi dengan tanda komitednya kita pada perintah dan ajaranNya, maka begitulah juga sepatutnya kita tidak kiralah samada di waktu Ramadhan atau di luarnya.Iktibarnya adalah bahawa tidak ada “short cut” untuk beroleh ganjaran dari Allah swt. Ia perlu dibuktikan dengan komitmen dan istiqomah. Kejayaan tidak akan menjadi milik mereka yang gopoh dan gelojoh, apalagi menafsirkan tuntutan agama menurut akal dan kemahuannya semata-mata.Moga-moga anda bertemu dengan Lailatul Qadr
8 Pengertian Cinta Menurut Qur'an

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :

(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain. Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan "nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah Adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail Adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra'fah, Yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, Yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi.

8. Cinta kulfah. Yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)"

Isnin, 22 September 2008

ISLAM MENGANGKAT MARTABAT WANITA

Islam mengangkat martabat wanita dengan menutup aurat mereka

Berikut ini adalah ciri-ciri atau syarat-syarat pakaian muslimah:

1. Menutup seluruh badan selain yang dikecualikan, menurut ijma' para ulama bahagian yang dikecualikan itu adalah wajah dan telapak tangannya. Ada kaum muslimah yang tidak mengindahkan syarat ini sehingga dia memakai pakaian tetapi lengannya di biarkan terbuka atau kakinya terdedah. Ada juga yang yang memperlihatkan betis mereka.

2. Pakaian tersebut bukanlah berfungsi sebagai perhiasan, ini berdasarkan firman Allah SWT yang ayatnya iaitu: "...Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan).." (An-Nur: 31) Secara umum kandungan ayat ini juga mencakupi pakaian biasa jika dihiasi dengan sesuatu, yang menyebabkan kaum lelaki melirikkan pandangan kepadanya. Perintah mengenakan pakaian menutup aurat bermaksud untuk menutupi perhiasan wanita. Maka tidaklah masuk akal jika pakaian itu akhirnya berfungsi sebagai hiasan. Kini banyak kaum muslimah yang memakai pakaian dengan tidak memanjangkan kain tudungnya untuk menutupi dada mereka tetapi dibentuk sedemikian rupa dengan cara dililitkan di leher sehingga terkadang lehernya terbuka tidaak tertutup sempurna atau membiarkan bahagian rambutnnya dilihat. Kecenderungan para muslimah untuk memakai pakaian menutup aurat kini didukung penuh oleh berbagai jenis model yang banyak terdapat di pasaran sehingga perkembangan model-model busana muslimah semakinrancak . Mereka berlumba-lumba merancang busana muslimah sehingga fungsinya yang asal berubah. Ditambah berbagai aksesori dan hiasan membuat busana muslimah berubah fungsi sebagai perhiasan dan menambah kecantikan wanita sehingga wanita yang memakainya dapat menjadi pusat perhatian.Dan ini ditegah oleh Islam.

3. Pakaian tersebut longgar, tidak ketat, sehingga tidak dapat menggambarkan sesuatu dari tubuhnya. Pakaian yang menampakkan bentuk tubuh adalah dilarang oleh Rasulullah, kerana hikmah pemakaiannya tidak mencapai sasaran dan standard pakaian terrsebut masih gagal memenuhi kehendak syariat.

4. Kainnya mesti tebal dan tidak nipis dan lut sinar. Yang pasti jika busana muslimah berfungsi untuk menutup aurat maka kainnya mesti tebal dan tidak tipis dan lutsinar. Jika ia nipis ertinya sama sahaja ia tidak menutup auratnya bahkan memancing godaan dan menampakkan perhiasannya. Perhiasan inilah yang menggamit mata kaum adam yang akan menghasilkn dosa bagi si penonton dan model yang memperlihatkannya. Hal ini seperti yang diterangkan oleh Rasulullah saw dalam hadis berikut ini: "Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk."

5. Tidak boleh memakai wangi-wangian atau perfume yangboleh memikat hidung lelaki menghidu bau tersebut. Cukup sekadar untuk keperluan diri sendiri seperti menghilangkan bau peluh demi keselesaan di tempat awam. Ini berdasarkan berbagai hadis yang melarang kaum wanita untuk memakai wangi-wangian bila mereka keluar rumah, seperti yang tertera dalam hadis berikut ini: Dari Abu Musa Al-Asya'ri bahawasanya ia berkata: Rasulullah saw telah bersabda: "Siapapun perempuan yang memakai wangi-wangian, lalu ia melewati kaum lelaki agar mereka mendapat baunya, maka ia adalah penzina. (HR. An-Nasai, Abu Daud, dan At-Tirmidzi) Walaupun ada larangan bagi muslimah untuk memakai wangi-wangian bukan bererti muslimah harus tampil dengan bau yang tidak sedap. Muslimah harus tetap menjaga kebersihan tubuh,dan pakaian agar tidak menimbulkan bau badan yang dapat mengganggu dan menimbulkan fitnah baru iaitu adanya penilaian orang bahawa orang yang memakai jilbab mempunyai bau yang tidak sedap. Perawatan tubuh tetap diperbolehkan bagi muslimah asal tidak jatuh pada perbuatan tabarruj atau berhias.

6. Tidak menyerupai pakaian laki-laki. Masalah ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah berikut ini: Dari Abu Hurairah yang berkata: "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki." (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Hakim, dan Ahmad).

7. Tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir. Dalam syari'at islam telah ditetapkan bahawa kaum muslimin, baik laki-laki mahupun wanita, tidak diperbolehkan bertasyabuh (menyerupai) orang-orang kafir, baik dalam ibadah, ikut merayakan hari raya, dan berpakaian dengan pakaian khas mereka.

8. Bukan Libas syuhrah (pakaian untuk mencari popularity dan memperagakannya). Larangan ini berdasarkan hadis berikut: "Berdasarkan hadis Ibnu Umar ra. Yang berkata: Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mengenakan pakaian syuhrah (untuk mencari populariti) di dunia, nescaya Allah mengenakan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka." (HR. Ibnu Najah dan Abu Dawud).

Asy-Syaukani dalam Nailul Authar memberikan definisi tentang libas syuhrah iaitu setiap pakaian yang dipakai dengan tujuan meraih populariti di tengah-tengah orangramai , baik pakaian tersebut mahal, yang dipakai oleh seseorang untuk berbangga dengan dunia dan perhiasannya, atau pun pakaian yang bernilai rendah yang dipakai seseorang untuk menampakkan kezuhudannya dan dengan tujuan riyaknya. Semua ini adalah adalah cirri-ciri dan standard yang sudah ditetapkan syari'at untuk mengatur bagaimana seorang muslimah berpakaian dan menutup auratnya. Tentang tumbuhnya dan berkembangnya pelbagai model busana muslimah sekarang ini, bukan bererti kita tidak boleh menyukainya bahkan memakainya, asalkan semuanya tidak melanggar standard yang sudah dijelaskan di atas dan yang lebih penting kita harus dapat menjaga hati kita agar busana muslimah yang kita kenakan tidak mengheret kita ke neraka kerana niat kita berubah dari ingin menjalankan perintah Allah SWT untuk menutup aurat menjadi riyak atau mencari populariti. Semoga Allah SWT tetap menjaga hati kita agar senantiasa bersikap dan berbuat hanya untuk mencari keredhaan-Nya.

Aman bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan standard yang digariskan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walaubagai mana pun berpakaian kemas dan menceriakan bukan lah termasuk dalam istilah tabarruj (berhias). Begitu juga memakai barang kemas perhiasan sekadar memenuhi fitrah wanita yang sukakan perhiasan tidak dikira tabarruj dengan syarat ia tidak diperagakan.

Dikira sebagai berhias yang dibenar dan digalakkan ialah membersihkan diri dalam segala aspek, termasuk perkra-perKara fitrah dalam diri kita seprti memotong kuku,mencukur bulu kemaluan, mencukur misai bagi lelaki, membersihkan muka dan badan. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Apabila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka berlakulah pada pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri atau bertudung tetapi ketat seluarnya sehingga menampakkan perhiasan yang sepatutnta dilindung dan hanya halal unutk suaminya sahaja. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya keterlaluan sehingga menimbulkan dosa.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Mereka ini tidak memahami dan menyelami maksud dan hikma h bertudung. Sepatutnya tudung itu menjadikan mereka malu dan segan untuk membuat maksiat. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk menerima Islam sebagai agamanya kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam.Mmereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Keindahan Islam itu tidak diperaga dengan betul. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk men dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam.

Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian yang dinamakan Dakwah Bil Hal iaitu dakwah melalui penampilan cara berpakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si dia itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal solat lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. Jagalah tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen dakwah melalui pakaian anda.

Semoga bermanfaat."
Selasa, September 23, 2008

ZAKAT FITRAH ORANG BERADA DI LUAR NEGARA

Soalan;

Ustaz. Persoalan saya adalah : Skrg saya sekeluarga berada di Perth Australia, semenjak 23hb Feb 2008 dan insya Allah akan berada disini selama 3-4 tahun sehingga isteri saya menamatkan pengajian.Berkenaan dengan pembayaran Zakat Fitrah ini, bolehkah saya membayar melalui internet ( ie Pusat Zakat, MBB2u etc ) dan berapakah kadar yg sepatutnya saya bayar? Adakah bergantung kepada kadar yg ditetapkan oleh Islamic Organization / Center di Perth ini atau boleh dibayar kadar seperti di Malaysia atau mungkin kena dikira secara 'pro-rata'kan bergantung kepada jumlah hari/bulan saya menetap di Malaysia dan di Perth ini?Bagaimanakah situasinya dan kadarnya sekiranya saya bercadang utk berada & beraya di Malaysia (dan pada ketika itu saya belum lagi menbayar Zakat Fitrah).Harap Ustaz tidak keberatan utk memperjelaskan dan terima-kasih. Wassalam.

Jawapan;

Zakat fitrah adalah zakat diri. Oleh ia hendaklah dikeluarkan di tempat di mana diri kita akan berada semasa terbenam matahari hari terakhir Ramadhan (yakni bermula malam pertama Syawal) iaitulah waktu sebenar bagi kewajipan mengeluarkan zakat fitrah menurut mazhab Syafi’ie, Ahmad dan beberapa ulamak yang lain.[1] Jadi, jika saudara bercadang untuk berhari raya di Malaysia di mana sebelum atau semasa terbenam matahari itu saudara jangka akan berada di Malaysia, maka hendaklah saudara membayar zakat fitrah di Malaysia. Dan jika saudara akan beraya di Australia, hendaklah saudara membayar zakat fitrah di sana. Dikecualikan jika saudara mendapati ada ahli keluarga yang miskin di Malaysia atau ada orang yang lebih berhajat di Malaysia yang lebih memerlukan zakat saudara, maka ketika itu haruslah saudara memindahkan zakat ke Malaysia sekalipun saudara berada di Australia. Begitu juga, harus saudara memindahkan zakat dari Malaysia ke tempat lain jika ada orang yang lebih berhajat di tempat itu walaupun saudara berada di Malaysia. Kadar zakat pula hendaklah mengikut ketetapan pihak berkuasa agama di tempat saudara mengeluarkan zakat.Mengenai hukum membayar zakat secara online (internet banking) telah saya jelaskan sebelum ini. Sila baca di; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/zakat-secara-online-internet-banking.html).Wallahu a’lam.

Rujukan;1. Fatawa Mu’asharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 1/135.2.
2. az-Zakah, Syeikh Abdullah ‘Ali al-Abhar, hlm. 72.3.
3. Fiqh az-Zakah, Syeikh Abdur-Razzaq Nasir Muhammad, hlm 212.

Nota Kaki;

1. Walaupun waktu wajib adalah di penghujung Ramadhan (iaitu apabila terbenam matahari di hari terakhir Ramadhan), namun zakat fitrah harus dibayar lebih awal dari masa tersebut. Ketetapan waktu bagi mengeluarkan zakat fitrah mengikut menurut mazhab Syafi’ie adalah seperti berikut;1. Waktu wajib : iaitu dengan terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan.
2. Waktu harus : iaitu sebaik sahaja masuknya bulan Ramadhan dan berterusan hingga ke hari raya (sebelum terbenamnya matahari). Jadi, sepanjang bulan Ramadhan –menurut mazhab Syafi’ie- adalah waktu yang diharuskan untuk kita membayar zakat fitrah.
3. Waktu sunat ; iaitu pada pagi hari raya sesudah sembahyang subuh dan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya atau sebelum solat hari raya didirikan.
4. Waktu makruh; iaitu mengeluarkan zakat fitrah sesudah solat aidil-fitri tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya.
5. Waktu haram; iaitu melambatkan pembayaran zakat fitrah hingga selepas terbenam matahari pada hari raya.

Catatan oleh: Zauj Zie

ZAKAT FITRAH DENGAN WANG DAN NILAI SEMASANYA

Soalan; Zakat fitrah wajib dikeluarkan dengan beras dimalaysia, tapi ada sebahagian yang mengeluarkan dgn menggunakan wang, apakah sah dalam islam? Sedangkan hadist nabi tak ada yang memenyuruh atau memerintahkan pakai wang. Dan berapakah berat beras yang mesti dikeluarkan? Yang saya lihat ada mengeluarkan dengan 2,7 kg dan ada pula dengan 2,5 kg, manakah yang betul? Saya sangat kompius dalam hal ini.

Jawapan;Mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai (yakni dengan wang) terdapat khilaf di kalangan ulamak tentang keharusannya;1. Menurut jumhur ulamak (Imam Syafi’ie, Malik dan Ahmad); Zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan (yakni makanan asasi penduduk setempat). Tidak harus dikeluarkan dengan wang sekalipun menyamai harga/nilai makanan yang wajib dikeluarkan zakat. Alasan mereka ialah; mengeluarkan zakat fitrah dengan selain dari makanan asasi setempat adalah bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w..2. Menurut Imam Abu Hanifah; harus mengeluar zakat fitrah dengan wang yang seharga/senilai dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat. Menurut mereka; zakat fitrah adalah hak fakir-miskin. Untuk memenuhi hajat mereka boleh dengan makanan dan boleh juga dengan wang. Tidak ada beza antara kedua-duanya. Barangkali mengeluarkan dengan wang adalah lebih baik kerana dengan wang memudahkan orang fakir membeli apa sahaja barang keperluan yang mereka kehendaki (makanan, pakaian, daging, lauk-pauk dan sebagainya). Pandangan sebagaimana Abu Hanifah ini diriwayatkan juga dari Umar Abdul Aziz, al-Hasan dan as-Sauri.3. Menurut Imam Ishaq dan Abu Tsur; mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai (wang) hanya harus ketika darurat sahaja.Ulamak-ulamak semasa hari ramai yang menyetujui pandangan Imam Abu Hanifah termasuk Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab Fiqh Zakatnya. Menurut beliau; keharusan mengeluarkan zakat dengan wang lebih menepati kehendak semasa dan memberi kemudahan kepada fakir miskin.[1] Begitu juga dengan Dr. Mutafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha yang menjelaskan dalam kitab mereka al-Fiqh al-Manhaji (sebuah kitab Fiqh mazhab Syafi’ie kontemporari); “Tidak mengapa pada zaman ini untuk kita mengikuti pandangan mazhab Hanafi dalam masalah ini iaitu keharusan membayar zakat fitrah dengan nilai wang kerana ia lebih mendatangkan manfaat kepada orang fakir dan lebih dekat kepada tujuan yang ingin dicapai…”.[2]Menyentuh kadar zakat fitrah, mengikut hadis; kadar yang wajib dikeluarkan ialah satu Sha’ (الصاع) iaitu satu gantang. Abi Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan; “Kami mengeluarkan zakat fitrah (pada zaman Rasulullah s.a.w.) dengan kadar satu Sha’ (gantang) dari gandum atau satu Sha’ dari barli atau satu Sha’ dari tamar atau satu Sha’ dari ‘aqt (keju) atau satu Sha’ dari kismis (anggur kering)” (Riwayat Imam Muslim).Satu Sha’ mengikut nilaian lama menyamai 5 1/3 Ritl (الرطل) ‘Iraqi iaitu gantang Baghdad. Mengikut ukuran liter, menurut pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji, satu Sha’ menyamai 3 liter. Adapun mengikut gram, antara ulamak ada sedikit perbezaan;1. Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menetapkan; satu Sha’ (gantang) menyamai berat hari ini 2400 gram atau 2.4 Kg.2. Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqh Islami Wa Adillatuhu menyebutkan; menurut jumhur ulama’, satu Sha’ Iraqi menyamai ukuran semasa 2751gram atau 2.751Kg.3. Menurut Syeikh Majid al-Hamawi (seorang ulamak dari Syria) dalam ulasannya terhadap kitab “Matn al-Ghayah wa at-Taqrieb” menegaskan; satu Sha’ menyamai ukuran semasa 2750gram atau 2.75Kg. Mengikut ukuran bekas, jika bekas adalah empat segi sama, maka panjang setiap sisinya ialah 14.6cm.Ukuran di atas berdasarkan timbangan gandum iaitu makanan asasi penduduk Negara-negara Arab. Adapun mengikut timbangan beras, berdasarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, satu gantang Baghdad mengikut timbangan beras semasa (beras super tempatan gred A) ialah 2600gram atau 2.6 KG. (Lihat; Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57, bertarikh 10 Jun 2003. Rujukan; http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=148)
Puasa tak berkesan - dimana silapnya?

"Seorang penjual ubat akar kayu warga emas kelihatan ceria dan wajah berseri bersih, seola-olah baru pulang dari mengerja haji. Bibirnya kumat kumit membaca sesuatu sambil tangannya meracit akar kayu yang sudah kering untuk dijadikan ubat. Walaupun premisnya cuma di kaki lima, namun dia bersyukur kerana dapat mencari rezeki halal untuk menyara dirinya. Tiga orang lelaki berpakaian kemas tiba-tiba menuju ke tempat orang tua itu untuk mencari ubat dari jenis herba yang banyak disusun di hadapannya. Sambil memilih bungkusan kecil yang mengandungi akar kayu, tiba-tiba tergetus hati salah seorang dari mereka untuk bertanya kenapa puasa Ramadan yang dikerjakan setiap tahun semacam tidak mendatangkan apa-apa perubahan kepada dirinya, seolah-olah ibadat puasa seperti adat sahaja. Sambil merenung ke dalam wajah pemuda itu, orang tua yang berpakaian selekeh itu tersenyum kecil lalu menjawab: 1. Ramadan sepatutnya disambut oleh umat Islam dengan perasaan gembira kerana ia membawa 1001 keberkatan dan fadilat yang tidak terdapat pada bulan lain, tetapi kamu menerima kedatangannya seperti meneri kehadiran tamu yang tidak diundang kerana terbayang berbagai kesukaran yang bakal kamu tempuhi untuk memenuhi nafsu kamu 2. Kamu menyambut Ramadan kononnya, tapi fokus utama kamu ialah hari raya. 3. Umat Islam tahu Ramadan bulan penuh keberkatan, tapi terlalu jarang yang sudi merebutnya kerana tidak terasa terpanggil untuk mendapatkannya. 4. Ramadan mendidik seseorang supaya bersimpati terhadap golongan miskin. Tapi kamu langsung tidak mempedulikan kesusahan mereka. Malah kamu melihat mereka seperti sampah di tepi jalan. 5. Kamu berpuasa sehari suntuk tanpa meyentuh makanan. Tapi semasa berbuka kamu menyendatkan perut kamu yang kosong itu dengan anika jenis makanan dan minuman yang jarang kamu hidangkan pada bulan-bulan lain. Ibadat puasa bertukar menjadi pesta mengisi perut untuk memenuhi nafsu makan kamu yang haloba. 6. Mengimarahkan masjid dengan pengisian solat terawih dan lain-lain ibadat sunat adalah besar fadilatnya, tapi kamu menghabiskan waktu di pasar Ramadan dan gedung membeli belah sehingga larut malam. 7. Sejak awal pagi kamu sibuk dengan aktiviti perniagaan dan ianya berterusan hingga ke malam tanpa sempat mengisi dengan aktiviti ibadat. Akhirnya tanpa disedari, Ramadan sampai di penghujung sedangkan kamu masih tamak mengejar keuntungan perniagaan yang hanya dapat diraih dalam bulan Ramadan sahaja. 8. Ramadan mendidik jiwa supaya tidak boros dan membazir, tetapi kamu berbelanja berlipat kali ganda berbanding dengan bulan-bulan lain, bermula dari perbelanjaan untuk menyedia makanan yang lazat sewaktu berbuka dan bersahur hinggalah kepada persiapan untuk menyambut hari raya. 9. Tujuan syarak mewajibkan berpuasa adalah supaya kamu berkungsi pengalaman perit tanpa makan dengan mereka yang hidup melarat akibat kemiskinan atau ditimpa bencana, tapi perasaan tersebut langsung tidak meresap ke dalam jiwa kamu. Sebaliknya sikap tamak dan bakhil kamu terus menebal sehingga menganggap mereka yang datang meminta sedikit pertolongan dan sumbangan kepada kamu, sebagai menyusahkan kamu. Jika pun kamu menghulur sumbangan, pemberian kamu adalah dengan berat hati dan menunjukkan muka yang masam tanda tidak ihklas. 10. Kamu mengadakan majlis berbuka puasa di rumah atau di hotel lima bintang dengan juadah yang mewah dan mahal. Tamu undangan kamu terdiri dari rakan bertaraf orang kenamaan dan kaya, sedang jiran kamu yang daif dan miskin tidak termasuk dalam senarai undangan. Kamu sebenarnya melakukan ibadat tersebut dalam keadaan riya’. 11. Kamu mengunjungi masjid untuk menunaikan solat terawih berjamaah sebagai menunaikan kegiatan qiyamullail di bulan Ramadan, namun dalam hati sering merungut bacaan imam yang panjang kerana tidak mahu menghabiskan masa yang panjang di masjid rumah Allah. 12. Ramadan melatih kamu supaya bersabar, tetapi semasa memandu, tindak tanduk kamu ternyata hilang sabar. Tangan kamu menekan horn memanjang tanda marah apabila kenderaan lain mengganggu kelancaran kenderaan kamu sambil mulut menyumpah-nyumpah. Setelah selesai menjawab, orang tua itu meminta maaf jika jawapannya itu menyinggung perasaan tiga lelaki tersebut. Tanpa membeli ubat, mereka terus beredar kerana pil pahit yang diberi percuma oleh penjual ubat itu sudah cukup untuk merawat ibadat puasanya yang sekian lama terjejas. "