Rabu, 3 September 2008

HADIS-HADIS PILIHAN SEMPENA RAMADHAN

1. HADIS RIWAYAT AL-TARMIZI DAN IBN MAJAH
"Tiga golongan yang tidak ditolak doa permintaannya, antara golongan itu ialah
seseorang yang berpuasa apabila dia berbuka puasanya."

2. HADIS RIWAYAT BUKHARI
" Apabila masuk bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai
syaitan-syaitan."

3. HADIS RIWAYAT BUKHARI
" Sesiapa yang berpuasa tidak memelihara tutur kata (maki hamun atau bercakap tidak
sopan) atau melakukan perkara yang merosakkan pahala puasa, maka ALLAH tidak
menerima lapar dan dahaganya."

4. HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM
"Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan
kepada ALLAH, akan diampunkan segala-dosa-dosanya yang telah lalu."

5. HADIS RIWAYAT TIRMIDZI
" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."

6. HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM
" Manusia tidak akan berhenti mendapat kebaikan selama mereka mempercepat berbuka
puasa."

7. HADIS RIWAYAT BUKHARI
" Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengungkapkan perkataan yang keji
dan janganlah sesekali berbuat jahil. Justeru itu jika seseorang diperangi atau dicaci, dia
hendaklah berkata : Sesungguhnya aku sedang berpuasa sebanyak dua kali.

8. HADIS RIWAYAT BUKHARI
" Setiap amal kebaikan bani Adam pahalanya (ditulis oleh malaikat) kecuali puasa.
Sesungguhnya ia adalah untukKu dan Akulah yang memberi pahala puasanya."

9. HADIS RIWAYAT ABU HURAIRAH
" Sesiapa membaca 1o ayat daripada al Quran pada satu malam, ia tidak dikira sebagai orang
yang lalai (dari mengingati Allah)."

Selasa, 2 September 2008

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w mengenai Ramadhan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukan sebelum ini.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN




Ketika Ramadhan menjelang, Rasulullah saw bersabda bermaksud: Wahai manusia, menjelang bulan agung lagi berkat, bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. (lebih kurang 83.33333.. bulan). Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan amalan fardhu, seolah-olah dia telah mendapat 70 pahala fardhu di bulan-bulan lain. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan amalan-amalan sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan fardhu di bulan-bulan lain. ia adalah bulan sabar. Ia adalah bulan yang AWALNYA RAHMAT, PERTENGAHANNYA KEAMPUNAN dan AKHIRNYA PEMBEBASAN DARIPADA API NERAKA.

Sabtu, 30 Ogos 2008

BERLATARBELAKANGKAN KEHEBATAN ALLAH SWT - LAHAR GUNUNG BERAPI TANGKUBAN PERAHU

KAWAH GUNUNG BERAPI DI TANGKUBAN PERAHU, INDONESIA

Jumaat, 29 Ogos 2008



MELANCONG KE DISNEYLAND AMERIKA..........HE.. HE..JAKARTA JE 2008


KELETIHAN MENDAKI TEMBOK BESAR CHINA (GREAT WALL) DI BEIJING 2007